Info SUNNAH

'' Sampaikan daripadaku walau satu ayat '' atau '' ballighu 'anni walau ayah ''....



Sabda Rasulullah s.a.w diriwayatkan al-Bukhari



Keterangan : Bahawa Para Sahabat Rasulullah s.a.w, sebaik sahaja mendengar sabda Rasulullah s.a.w ini, mereka terus memacu kuda, mengangkat sauh belayar dan bertebaran di merata tempat di bumi Allah ini demi menyebarkan seruan TAUHID. Kalau tidak, masakan Islam sampai ke seluruh ceruk di dunia. Oleh itu, sebagai muslim, janganlah melihat kerja dakwah itu bukan tugas kita atau kita boleh melakukan dengan sambil lewa sahaja. Jangan sampai rugi di dunia, melepas di akhirat... Wallahu a'lam.

Harapan

Semoga kehadiran blog ini, dapat membantu anda semua untuk perjuangan dunia dan akhirat anda. Sebagai hamba, inilah salah satu usaha untuk menyampaikan setiap kehendak yang Maha ESA. Insya ALLAH

Friday, October 23, 2009

Kenapa Perlu Pilih Takaful IKHLAS

Walaupun baru masuk tahun keenam dalam industri takaful dan insurans, takaful IKHLAS berjaya memberi komitmen yang terbaik sehingga menerima anugerah yang tidak pernah di terima oleh mana-mana syarikat yang telah lama mempunyai lesen takaful dan insurans sebelum ini. Ini membuktikan pihak Takaful IKHLAS bersungguh-sungguh untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik serta berusaha untuk memberikan kadar pulangan yang optimum kepada peserta.

Kematian adalah suatu yang pasti dihadapi oleh setiap insan yang bernyawa. Namun kematian yang mendatangi setiap insan itu tidak di ketahui detik, masa dan tempatnya. Semua itu termasuk rahsia ALLAH swt.

Dengan menyertai mana-mana produk takaful (sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya), peserta sebenarnya telah melaksanakan kebajikan (amal jariah) secara tidak langsung. Bertepatan dengan sabda Nabi yang bermaksud : " Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya " (DiRiwayat oleh Abu Hurairah)


Takaful IKHLAS Ranking ke 14 Di Dunia Dalam Industri Takaful Dan Insurans Islam 2008



Menjadi satu bukti sebuah syarikat yang baru masuk tahun keenam beroperasi yang tidak bergabung dengan mana-mana institusi kewangan lain termasuk bank ataupun insurans konvensional boleh mencipta sebuah sistem pengurusan profesional yang meletakkan syarikat setaraf dan lebih baik dari syarikat yang telah lama beroperasi di Malaysia dan di dunia. Ini jelas, komitmen pengurusan yang mahu melahirkan insurans islam bertaraf baru.. Doa dan harapan semoga Takaful IKHLAS lebih maju dan diREDHAI ALLAH.....


Takaful IKHLAS dipilih Penyedia Terbaik anugerah IFN 2008
17 Feb 2009

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) dipilih sebagai Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik 2008 menerusi undian yang diadakan sempena Anugerah Berita Kewangan Islam (IFN) 2008, baru-baru ini.

Anugerah yang diadakan buat kali keempat pada tahun ini dimenangi oleh Takaful Ikhlas menerusi undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam melalui IFN yang diterbitkan pada setiap hari Jumaat. IFN memberi tumpuan terhadap industri dan pasaran kewangan antarabangsa. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, anugerah itu merupakan kayu pengukur kecemerlangan syarikat sehingga hari ini.

''Kami menganggap anugerah ini sebagai satu penghormatan terbesar di peringkat antarabangsa, sebagai pengendali perlindungan takaful yang baru sahaja beroperasi selama enam tahun.

''Anugerah ini membuktikan meskipun Takaful Ikhas merupakan syarikat yang baru, tetapi produk-produk kami telah pun mendapat perhatian masyarakat luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Moheeb berkata, anugerah itu akan dijadikan pemangkin kepada kejayaan Takaful Ikhlas untuk tahun-tahun akan datang sekali gus memastikan syarikat terus berdiri kukuh dalam industri insurans dan takaful.

Menurutnya, anugerah yang dilancarkan oleh IFN itu adalah bagi mengiktiraf syarikat-syarikat yang menjalankan operasi dan menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada institusi kewangan Islam.

Dalam pada itu, kata beliau, kemenangan tersebut merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful Ikhlas di negara ini dan juga di peringkat antarabangsa.

''Kita mempunyai pelbagai rancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang, oleh itu, usaha yang berterusan sedang dilakukan bagi memastikan ia (rancangan) dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini.

''Kami berasa sangat berbesar hati apabila terpilih sebagai pemenang walaupun penglibatan kami dalam industri takaful masih baru berbanding pengendali takaful yang lain," ujarnya.





Takaful IKHLAS Dinobat Penyedia Takaful / Retakaful Terbaik 2008
16 Feb 2009

PETALING JAYA, Februari 16 – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai Penyedia Takaful/Retakaful Terbaik 2008 oleh pembaca Berita Kewangan Islam ataupun Islamic Finance News (IFN) dalam satu undian yang diadakan sempena Anugerah Berita Kewangan Islam 2008 baru-baru ini.

Anugerah yang diadakan buat kali ke-empat pada tahun 2009 ini dimenangi oleh Takaful IKHLAS menerusi undian yang dilakukan oleh pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam melalui IFN yang diterbitkan pada setiap hari Jumaat. IFN merupakan Berita Kewangan Islam yang memfokuskan kepada industri dan pasaran kewangan antarabangsa.

Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, anugerah yang diterima pihaknya itu merupakan kayu pengukur kecemerlangan mereka sehingga hari ini.

Takaful IKHLAS juga menganggap anugerah ini sebagai satu penghormatan terbesar di peringkat antarabangsa, sebagai pengendali perlindungan Takaful yang baru sahaja beroperasi selama enam tahun.

“Anugerah itu membuktikan meskipun Takaful IKHLAS merupakan syarikat yang baru, tetapi produk-produk kami telah pun mendapat perhatian masyarakat di luar sana,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Takaful IKHLAS di sini hari ini.

Beliau memberitahu, anugerah yang diterima oleh mereka itu akan dijadikan pemangkin kepada kejayaan Takaful IKHLAS pada tahun mendatang dan seterusnya memastikan syarikat tersebut terus berdiri kukuh dalam industri insurans dan takaful.

Syed Moheeb berkata, anugerah yang dilancarkan oleh IFN itu diadakan bagi mengiktiraf syarikat-syarikat yang menjalankan operasi dan menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada institusi kewangan Islam.

Dalam pada itu menurut Syed Moheeb, kemenangan tersebut juga merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful IKHLAS bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Kita telah mempunyai pelbagai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan oleh yang demikian usaha yang berterusan sedang dilakukan bagi memastikan ianya dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini. Sehubungan dengan itu, Takaful IKHLAS sangat berbesar hati apabila terpilih sebagai penerima anugerah tersebut meskipun penglibatan kami dalam industri Takaful masih baru jika hendak dibandingkan dengan pengendali takaful yang lain,” ujar beliau.

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

Takaful IKHLAS yang telah pun mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak; Melaka, Kota Kinabalu, Sabah; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Putrajaya.






Takaful IKHLAS menang anugerah kategori 'Jenama Terbaik dalam Produk Pelanggan-Penjagaan Kesihatan',
11 Jan 2009

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) telah memenangi anugerah bagi kategori 'Jenama Terbaik dalam Produk Pelanggan-Penjagaan Kesihatan', BrandLaureate-PKS 2008.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada Presiden dan Ketua Pegawai Ekekutif Takaful Ikhlas, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman (gambar), baru-baru ini.

Syed Moheeb berkata, kejayaan itu membuktikan kesungguhan syarikat yang telah berusia enam tahun itu menjenamakan produk takaful di negara ini.

'Kami sangat berbesar hati menerima anugerah ini meskipun penglibatan kami masih baru dalam industri ini,' kata beliau dalam kenyataannya di sini.

Katanya, sebelum ini, syarikat telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti produknya bagi memastikan ia memenuhi permintaan pasaran dan nampaknya ia berjaya.

'Ini kerana produk-produk kami bukan sahaja mudah diterima oleh penduduk Malaysia tetapi juga menyumbang kepada penjenamaan Takaful Ikhlas itu sendiri,' jelas beliau.

Menurut Syed Moheeb, kemenangan ini merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful Ikhlas bukan sahaja di negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, syarikat telah memiliki pelbagai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Utusan Malaysia




Takaful IKHLAS Menang Kategori Produk Takaful Paling Inovatif
26 Nov 2008

PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Syarikat pengendali perlindungan berasaskan syariah, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) telah dipilih sebagai penerima Anugerah bagi Kategori Produk Takaful Paling Inovatif sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2008 kelima (KLIFF 2008) pada 18 November yang lalu.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Syed Moheeb Syed Kamarulzaman ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah tersebut oleh Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata penganugerahan yang kali pertama diterima oleh Takaful IKHLAS sejak KLIFF diadakan lima tahun lepas itu merupakan satu penghormatan buat syarikat itu.

"Meskipun Takaful IKHLAS baru sahaja lima tahun berada dalam industri Takaful, namun pengiktirafan yang diberikan kepada salah satu daripada 78 produk kami ini merupakan penghormatan yang tidak ternilai harganya."

"Ini membuktikan walaupun kami masih hijau di dalam industri ini tetapi produk kami setanding dengan produk syarikat besar yang telah lama bergiat aktif bukan sahaja di dalam industri takaful tetapi juga insurans," katanya.

Syed Moheeb berkata antara ciri-ciri istimewa produk IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT) selain 30 faedah perlindungan yang bakal diterima penerimanya, skim yang merupakan pelan rawatan hospital dan pembedahan itu merupakan pelan perlindungan takaful yang menawarkan sumbangan terendah berbanding produk lain yang ada dalam industri insurans dan takaful.

"Takaful IKHLAS menawarkan lima pelan bagi skim ini iaitu Pelan A, Pelan B, Pelan C, Pelan D dan Pelan E. Bagaimanapun peserta tidak perlu bimbang untuk memilih mana-mana pelan kerana kesemua pelan menawarkan faedah yang sama," katanya.

Produk IMAT ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada 20 April lalu.




Takaful IKHLAS – Syarikat takaful/insurans pertama menerima Sijil MS1900:2005
17 Oct 2008

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2008 – Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) mencatat sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai penerima Sijil MS1900:2005 di kalangan syarikat pengendali takaful dan insurans di Malaysia secara rasminya pada hari ini.

Syarikat pengendali Takaful yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelima penubuhannya pada 14 Oktober 2008 yang lalu diberi pengiktirafan tersebut oleh SIRIM QAS International bagi Sistem Pengurusan Kualiti dari Perspektif Islam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman memberitahu, pengiktirafan yang diberikan oleh SIRIM QAS International pada 15 Ogos 2008 itu merupakan salah satu kejayaan terbesar syarikat selepas menerima pengiktirafan ISO9001:2000 bagi proses berkaitan dengan Pengurusan Takaful Berkelompok pada tahun sebelumnya.

“Menjadi penerima sijil ini merupakan satu penghormatan besar buat Takaful IKHLAS kerana jika dibandingkan dengan syarikat pengendali takaful dan insurans yang ada di negara ini, kami masih baru,” ujar beliau selepas menerima sijil tersebut dalam Majlis ‘Idulfitri Bersama Takaful IKHLAS dan Penyerahan Sijil MS1900:2005 di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay , Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Yang Berbahagia Dato’ Mariani Mohammad dan lebih seribu jemputan yang terdiri daripada rakan-rakan korporat, pelanggan-pelanggan, para wakil dan kakitangan Takaful IKHLAS.

Syed Moheeb berkata, penganugerahan Sijil MS1900:2005 yang dinilai menerusi Sistem Pengurusan Kualiti dari Perspektif Islam itu dilihat sebagai salah satu inisiatif yang sejajar dengan visi dan misi Takaful IKHLAS, yang amat mementingkan aspek Syariah dan kualiti dalam pengurusan seharian.

Mengulas lanjut mengenai penglibatan Takaful IKHLAS dalam program perintis MS1900:2005 ini Syed Moheeb memberitahu, Takaful IKHLAS bersama-sama dengan beberapa syarikat yang lain pada awalnya telah dipelawa oleh SIRIM QAS International untuk mengikuti program perintis ini. Ujar beliau lagi, hasil usaha tanpa henti Takaful IKHLAS selama ini telah membawa kejayaan kepada syarikat itu untuk menjadi penerima pertama sijil tersebut.

Takaful IKHLAS yang merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) memulakan operasinya pada bulan Julai 2003. MNRB telah dicatatkan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad menerusi Skim Amanah Saham Bumiputera.

Setelah hampir 6 tahun beroperasi, Takaful IKHLAS telah mempunyai rangkaian pengedaran yang luas termasuk ejen-ejen di seluruh semenanjung Malaysia termasuk dibandar-bandar kecil. Ini termasuk di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Sungai Petani, Johor Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment